Khamis, 15 Ogos 2013

Profil Kelab Hasil Temerloh

LATAR BELAKANG

            Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Temerloh telah ditubuhkan pada 15 Januari 2003 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 4 Februari 2003  bertempat di 16-30, Jalan Pak Sako 3, Bandar Seri Semantan, 28000 Temerloh, Pahang. Tenaga kerja, penaksiran dan bukan penaksiran seramai 38 orang pada masa itu dimana mereka didatangkan dari Cawangan Kuantan dan Lembah Kelang. LHDNM Cawangan Temerloh telah dipimpin dan diterajui oleh empat (4) orang Pengarah sejak ianya ditubuhkan:-

                 Kawasan pentadbiran cawangan ini merangkumi 10 kawasan utama iaitu Temerloh, Lanchang, Mengkarak, Mentakab, Kerdau, Bandar Jengka, Mengkuang, Triang, Bera dan Maran. Lima kegiatan ekonomi utama bagi daerah Temerloh ialah pertanian, perikanan, pembalakan, perumahan dan perindustrian.       

Kembali Ke Laman Utama